Friday, March 15, 2019

ComeBack

Assalamu'alaik...

Setelah sekian lama tak berblogging, so aku decide untuk mula balik. Lama gila kut. Blog ni wujud dalam 8 atau 9 tahun dah sejak aku form two weyy sekarang aku dah tua kut. ehh takdela tua sangat pun sebab tak kawin lagi ahaha mana nya nak kawin, calon pun tak nampak bayang langsung.

Sambil-sambil tu doa-doakanlah aku ni juge ye moga cepat-cepat dapat keje pastu kawin pastu pastu n so on. Halahh nak kawin konon study pun tak habis lagi. Baki stahun lagi moga aku dapat grad dengan jayanya. Ameen...

Okeh! So, mimpi apa aku ni sebenarnya nak start berblogging balik ni. Dah la post lama-lama bukannya menarik pun. Sekadar syok-syok sendiri gittuwhh. Tapi sekarang, maybe sebab kos aku ni ada kaitan dengan media, publishing n ala-ala journalism gittuh so buat aku rasa nak berblogging balik kut. yelah, esaimen kena buat artikel la news la, aku dah la suka bab2 menaip ni bagai hmm tambah dengan dah makin dewasa, makin banyak problem tapi taktau nak luah sape so baik kita menulis ke menaip ke untuk release tension kannn. Ecehh

Haih panjang pulak aku bebel.

Hmmm post lama-lama mostly aku dah buang sebenarnya. Tinggal 2 3 post je lagi. So, memang kena betul-betul start balik ni. Aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Nantilah aku pikir.


Nah, love cikit
Source : PacikGugel

Kaybai :)

Saturday, June 2, 2018

Sinar matamu
Ku panah ke jiwa
Manis senyummu
Ku panah ke jiwa

Mata,
Ia bisa tertutup,
Lenyap.

Jiwa,
Ada walau mata tertutup
Jasad kaku
Namun tetap utuh

Rasa ini,
Masih ada,
Kekal ada,
Sehingga tiada lagi nafas,

Ya, bukan selamanya.
Jangan kau tertanya kenapa,
Kerana dunia ini ,
Sifatnya juga hanya sementara.